Isnin, 28 Disember 2015

Seould garden amanjaya sungai petani

 Assalamualaikum dan hai

Hari ni aku nak cerita sikit pengalaman aku makan dekat seoul garden kat amanjaya sungai petani. Aku harap coretan aku ni boleh jadikan sebagai tunjuk ajar yang sapa teringin sangat nak makan makanan korea ni..
Dulu pun aku malu and segan nak masuk seoul garden ni sebab kedai dia grand sangat sampai takut la org usya pelik.. so sebagai jalan selamat aku pun baca la kt blog blog lain supaya tak jakun sangat bila aku nak masuk..
So google punya google masih belum puaskan hati aku.. tapi sedikit sebanyak boleh la dijadikan panduan..
First step sekali (amanjaya mall) hampa masuk ja dengan penuh konfiden terus ke kaunter, untuk amanjaya kaunter depan2 pintu je.. so hampa pi kt kaunter,kalau tak ada csher pun hampa tunggu ja sebab kita kena bayar dulu baru boleh makan.. csher akan tnya berapa org dan dia akan kira and bagitau harga.. sapa yang ada student card tu boleh la dapat kurang sikit, aku time 2 aku ingat aku tak bawak student card sebab check dalam handbag tak jumpa, tapi bila dah sampai rumah jumpa la plak student card dalam handbag yang sama.. time tu tension pun dh tak guna.. lepas dia bagitau harga and kita setuju dia akan tanya sup apa yg kita nak, aku time tu dah google siap2 dah, depa kata tomyam sup yang best and yang kedua sup korea.. so untuk first time aku pilih tomyam sup la, takut tekak tak boleh terima pulak sup korea 2.. lepas kita bayar dan pilih sup kita boleh la pilih tempat duduk.. aku pilih tempat yang hujung sikit senang, lagipun aku dengan adk aku ja pun.. 
Step kedua aku duduk ja dulu perati org sekeliling, tengok apa yg depa ambil cara depa control dapur eletrik.. lepas kita duduk tempat kita pelayan seoul garden ni akan mai dekat kita hantar sup yang kita pilih sambil hidupkan dapur eletrik.. nak control suhu tak susah pun sebab pulas pulas ja pun.. 
Step ketiga ambil la apa yg nak.. aku ambik nasi goreng,mee goreng dulu sebab tak nak la perut tekejut makan makanan korea terus kan.. lepas tu aku pilih la ayam daging yang dah diperap dengan pelbagai jenis perisa tapi yang paling kena dengan selera aku chiken sate.. memang best, daging round pertama ja aku ambil sebab daging liat sikit. 
Ni yang aku dengan adik aku ambil masa round pertama. Rasa dia boleh tahan tak la sampai nak muntah tapi sup tomyam kurang sangat2 rasa dia tak cukup umm...
Ni aku makan tak ingat dunia sebab gila nak susun pingan banyak banyak.. makanan dekat seould garden ni dah diubah suai untuk tekak orang malaysia, so tak jadi masalah la nak cuba makan kt seoul garden amanjaya ni. Jangan risau walaupun makanan korea sudu garpu semua ada k.. bukan chopstik ja.. aku boleh la guna walaupun chopstik tu licin sebab besi bukan buluh sebab aku memang dah pernah makan guna chopstik dirumah.

Time ni memang dah licin dah tapi sebab tak nak rugi tetap bangun ambik lagi apa yang patut. Dekat seoul garden amanjaya bukan ada ayam daging ja tau, seafood pun ada, makan sampingan macam sandwich, mee goreng, kentang goreng, nugget pun sedap. Untuk minuman plak air bergas air panas, ais kacang, ais krim pun ada semua kita yang ambil sendiri.
Kimci pun ada tau, sebab aku ni peminat running men so aku pun cuba la kimci, rasa dia bergas, rasa mcm jeruk sikit sebab kimci kan diperap.. bagi aku kimci boleh tahan la tak la sampai sedap sangat


Yang ni adik aku, nasib ada dia jadi boleh la jadi tukang perabis. Yang dia suka sangat air gas lepas tu letak ais krim banyak2 dalam gelas dia 2.. tak silap aku ada la dekat 3,4 kali dia ulang..
Lepas hampir 3jam kami dekat seoul garden amanjaya kami pun beralah sebab terlampau kenyang..time nak balik tu keluar ja buat bodo sebab semua kan dah bayar..jadi sapa sapa nak try masakan korea boleh ja p seoul garden..

.